AKU bukan KAMU


aku memang bukan kamu.
untuk paham.
untuk mengerti.
apalagi untuk merasai.
aku memang bukan kamu.
untuk terus buat perkara sebegitu.
kerna aku tahu mana arah,
yang perlu aku berpaling.
kerna aku sedar siapa aku.
aku bukan kamu untuk menjadi sebegitu.
untuk menidakkan kebenaran.
menolak realiti dengan bersahaja.
aku bukan kamu,
menolak yang baik.
menuju arah yang buruk.
aku pasti.
aku takkan penah mengerti dan memahami keadaan kamu.
kerna aku bukan kamu.
tapi aku fikir kamu harus lebih matang.
kamu perlu memandang yang cerah dalam gelapnya malam.
kamu harus mencari pelangi sejurus hujan.
kerna itu pengertian yang harus kamu pelajari.
aku tidak bisa berbicara lagi dengan kamu.
mahupun mengucap salam.
kerana hati terlalu rapuh.
aku gusar andai hati terus reput dalam panahan duka berterusan.
maaf. aku bukan manusia yang terbaik untuk kamu.
untuk memberi sesuatu yang lebih baik.
untuk mengajar sesuatu yang lebih indah.
kerna hati telah berpaling dari kamu